Posts

Pengalaman untuk dikongsi bukan dikebumi Orang tua selalu berkata  mereka makan garam terlebih dahulu.  Kata kata ini selalu keluar bilamana mereka tak boleh menerangkan sesuatu logik dari larangan atau saranan yang mereka berikan. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan sendiri berdasarkan kehidupan masing masing.  Sememangnya kehidupan adalah sebuah universiti yang mengajar banyak perkara.  Pengalaman sewajarnya dikongsi dengan generasi baru agar menjadi panduan hidup terutama dalam aspek keselamatan dan kesihatan.  Setinggi mana sekalipun seseorang itu belajar, beliau  tetap perlu belajar dari pengalaman mereka yang lebih senior walaupun yang senior itu tidak mempunyai sijil yang berjela Saya cuba mengguna ruang yang ada ini untuk berkongsi pengalaman hidup saya terutama dalam aspek keselamatan dan kesihatan.  Pendapat saya mungkin berbeza dalam banyak hal dengan orang lain.  Sila ambil jika anda fikir ianya bermanfaat dan jika anda ada pendapat yang berbeza, sila ko